Sunday 5 June 2011

Koleksi 6...Ciplak Jea...



Seorang juruterbang telah ditugaskan untuk membawa sekumpulan pesakit jiwa dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan berpindah ke satu tempat yang agak jauh dengan menaiki sebuah pesawat tentera. Beliau telah terpilih kerana mempunyai pengalaman sabagai juruterbang selama 20 tahun.

Seperti biasa, beliau menunggu semua pesakit tersebut menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA). Setelah semua pesakit selesai menaiki pesawat tersebut, beliau pun berlepas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Cuaca ketika itu cerah dan tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa cuaca buruk akan berlaku. Tiba-tiba, pesawat tersebut bergegar dan kedengaran bunyi riuh-rendah di bahagian tempat duduk penumpang pesawat tersebut. Lalu juruterbang tersebut meminta pembantunya mengendali pesawat tersebut kerana dia ingin melihat apa yang telah berlaku.

Setelah sampai di bahagian tempat duduk penumpang, beliau terkejut melihat semua pesakit jiwa tersebut melompat-lompat kerana terlalu gembira dan seronok tetapi hanya seorang sahaja yang duduk diam. Lalu dia pun memagggil pesakit tersebut dan berkata..
JURUTERBANG: U tolong cakap dengan kawan-kawan u, suruh mereka semua duduk diam-diam..jangan terloncat-loncat. Ini kapal terbang..bukannya hospital.
ORANG GILA: Baik tuan! (sambil tabik kepada juruterbang tersebut)
Setelah juruterbang berkenaan kembali ke tempat duduknya, kapal terbang berkenaan masih lagi bergegar dan bunyi bising masih lagi kedengaran. 10 minit kemudian gegaran tersebut pun hilang dan bunyi bising tidak lagi kedengaran.

Juruterbang berkenaan pun pergi ke bahagian tempat duduk penumpang sekali lagi dan melihat hanya seorang pesakit jiwa sahaja yang ada. Lalu dia pun bertanya.

JURUTERBANG: Mana kawan-kawan u yang lain??
ORANG GILA: Saya beritahu pada mereka..kalau nak melompat-melompat…………pergi main kat luar…!
JURUTERBANG: Hahh..!!!!!



2 comments: