Sunday 5 June 2011

Koleksi 8


Ada 8 ekor burung di atas sebatang pokok...seorang pemburu telah menembak 1ekor burung...
Berapa yang tinggal?




Jawapan

- 0...Sebab semua burung yang lain cabut lari

Koleksi 7

Hujung Dunia Ada Apa?


 Pemandu 4 manakala Penunpang 1...Apa dia?


ada seorang pembantu rumah sedang mencuci pinggan...sedang dia leka
membasuh pinggan tiba-tiba ada satu pinggan pecah...lepas tu Baling Dekat mana?


 Yang manakah paling berat...antara 1kg batu dan 1kg emas?



JAWAPAN

- A...Duni(a)
- Orang bawa mayat
- Baling dekat kedah
- Sama berat

Koleksi 6...Ciplak Jea...



Seorang juruterbang telah ditugaskan untuk membawa sekumpulan pesakit jiwa dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan berpindah ke satu tempat yang agak jauh dengan menaiki sebuah pesawat tentera. Beliau telah terpilih kerana mempunyai pengalaman sabagai juruterbang selama 20 tahun.

Seperti biasa, beliau menunggu semua pesakit tersebut menaiki pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA). Setelah semua pesakit selesai menaiki pesawat tersebut, beliau pun berlepas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Cuaca ketika itu cerah dan tiada sebarang tanda yang menunjukkan bahawa cuaca buruk akan berlaku. Tiba-tiba, pesawat tersebut bergegar dan kedengaran bunyi riuh-rendah di bahagian tempat duduk penumpang pesawat tersebut. Lalu juruterbang tersebut meminta pembantunya mengendali pesawat tersebut kerana dia ingin melihat apa yang telah berlaku.

Setelah sampai di bahagian tempat duduk penumpang, beliau terkejut melihat semua pesakit jiwa tersebut melompat-lompat kerana terlalu gembira dan seronok tetapi hanya seorang sahaja yang duduk diam. Lalu dia pun memagggil pesakit tersebut dan berkata..
JURUTERBANG: U tolong cakap dengan kawan-kawan u, suruh mereka semua duduk diam-diam..jangan terloncat-loncat. Ini kapal terbang..bukannya hospital.
ORANG GILA: Baik tuan! (sambil tabik kepada juruterbang tersebut)
Setelah juruterbang berkenaan kembali ke tempat duduknya, kapal terbang berkenaan masih lagi bergegar dan bunyi bising masih lagi kedengaran. 10 minit kemudian gegaran tersebut pun hilang dan bunyi bising tidak lagi kedengaran.

Juruterbang berkenaan pun pergi ke bahagian tempat duduk penumpang sekali lagi dan melihat hanya seorang pesakit jiwa sahaja yang ada. Lalu dia pun bertanya.

JURUTERBANG: Mana kawan-kawan u yang lain??
ORANG GILA: Saya beritahu pada mereka..kalau nak melompat-melompat…………pergi main kat luar…!
JURUTERBANG: Hahh..!!!!!



Koleksi 5

Dalam banyak-banyak tikus tikus apa ada dua kaki???

Cuba fikir dulu....JGN tengok jawapan lagi sebelum fikir...



Mickey Mouse 

Koleksi 4



Dalam banyak-banyak itik itik apa yang ada dua kaki???


Amaran...JGN tengok jawapan sebelum berfikir 


Semua itik ada dua kaki 

Koleksi 3




Antara Kura-Kura dengan ayam yang manakah paling tinggi???

Koleksi 2


Apakah Kenaikan Dan Kejatuhan rokok???

 Rasa-Rasa Ape Ye??
Tinggalkan Komen Beserta Jawapan Anda